Alhamdulillah... setelah lama berkenalan di alam maya je... pada 26 September kami bersua muka di wakaf che yeh.... jam dah kul 12 lebih... dah pagi ketika tu...
tu pun sebab aku ikut rombongan sekolah ke pantai timur baru2 nie....
terima kasih atas layanan u all berdua... rasa cam keluarga sendiri.....
dan terima kasih atas pencarian yg aduhai... tak tau nak kata... keliling kampung... sampai anak2 didik yg lum tido pun terkejut ngan aper yg cikgu nya bawa...
beria mereka membancuh air dan minum2.... walau pun jam dah kul 1 lebih pagi.... aduhai... kelakar...
moga ukhuwah yang terjalin kan berkekalan hendak nya...
Posted at 03:21 pm by nurdia
Permalink
Selamat Tahun Baru 2008
DARIPADA: NURDIA & FAMILY
Posted at 11:29 am by nurdia
Permalink
KENANGAN DI SK SEMBULAN KOTA KINABALU SABAH
Kenangan kami semasa menghadiri kursus BPPT 12-23 Disember 2006

Posted at 04:51 pm by zzproduction
Permalink
24 JUN 2005
Jam 3.00 petang aku mula menerokai skype dan tanpa diduga aku menemui seorang guru Aidah Maheran yang telah mencipta blogdrive yang agak cangih dan aku mula mempelajari cara menciptanya. Terima kasih dari ku untuk Cikgu Aidah.
11 DIS HINGGA 23 DIS 2005
Aku dan beberapa kawan dari Semenanjung ke SK Sembulan Kota Kinabalu untuk menghadiri kursus ICT dengan Syarikat Prestariang Sdn. Bhd. Aku cukup gembira bersama-sama kawan-kawan dari semua daerah di Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Kegembiraan dan ketekunan kalian serta kelucuan semasa kita berkrusus masih terbayang-bayang dalam ingatan ku. Kalian penghibur kami dirantauan. Kalian juga banyak memberi maklumat tentang apa yang sepatutnya kami buat.
Terima kasih pada Dato Penghulu En Harris. dan Datin Pn. Faridah yang bertugas cukup cemerlang dengan telatah anak mukim mu yang nakal-nakal terdiri dari Sheik Mohd Hanafi, Abdullah, Zamri, Mohd Rizal, Mohd Safru Mat Ghani Mohd Zaini, Juhanah, Asmah Angeline, Rasina, Masniah, Abibah, Halidah,Dorothy, Hadiah, Norsiah, Berta Benjamin, Mariana, Rosnanih, Dayang Rohana, Anizah dan Florence, tak lupa buat Match dan Amin yang senantiasa dengan gelak ketawa dan kelucuan mu dimana sahaja.
Terima kasih kami pada Master Trainer Mrs Odette dan Mrs Patricia G. Kissol dan fasilitator Miss Cgrustye Majuddin dan Miss Shireen Tsen Syn Erl.
Terima kasih juga kami kepada JPN Sabah terutama Unit Teknik dan Vokasional Sektor Pengurusan Akademik dan semua pegawai terlibat yang banyak membantu dalam segala perjalanan kursus, kami dibawa ke beberapa tempat yang amat menarik di Sabah terutama di Kaki Gunung Kinabalu. Alangkah bertuahnya kami mengikuti kursus ini.
Terima kasih kalian, budi dan jasamu tidak ku lupakan.
Posted at 07:18 pm by zzproduction
Permalink
KAU DILAHIRKAN UNTUKU
24 Oktober 1958
Momen yang paling indah
Si kecil comel dilahirkan
Untuk perjuangan hari muka...
24 Oktober
Hari penganugerahan tuhan padaku
Seorang dara ayu
Dengan senyuman memikat hati ku
Bersemadi di sanubari
Dengan seribu pengertian...
Senyumlah kau 24 Oktober
Bersama senyuman Scorpio dan Cancer
Bersama hati ku dan hati mu
Kini kita bersua hati
Bersama kau dan aku
Untuk mengisi setiap janji kita kepada Tuhan
Bicara dan senyum mu mengusik jiwa
Perisai dan narca diri tetap teguh di sisimu
Lalu terukir satu coretan abadi
Dengan coretan yang akan ku asuh di jiwa sepenuh hati
Pengenalan..........
Pertemuan............
Pengertian ...........
Cinta dan sayang.
Ingin ku laungkan dunia
Bahawa kaulah disingahsana
Pencatat sejarah dalam harapan
Posted at 02:46 pm by zzproduction
Permalink